h1

Persatuan Pencinta Alam Malaysia

Januari 2, 2008

Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Inggeris: Malaysian Nature Society; MNS) adalah satu badan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan bagi pencinta alam sekitar di Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan sebagai Persatuan Pencinta Alam Malaya (Malayan Nature Society) pada tahun 1940. MNS berpusat di Bukit Persekutuan di Kuala Lumpur.[1] Cawangan Singapura persatuan ini telah menamakan dirinya semula sebagai Pencinta Alam (Singapura) ataupun Nature Society (Singapore) pada tahun 1991.

MNS adalah satu badan alam sekitar yang bergiat cergas. Badan ini mengurus Kuala Selangor Nature Park, Boh Tea Estate chalets dan rancangan-rancangan pembelajaran di Rimba Ilmu di Universiti Malaya dan di Forest Research Institute of Malaysia (FRIM).[2]

Badan alam sekitar ini telah berjaya memujuk pihak berkuasa untuk mewujudkan Endau Rompin National Park. Usaha untuk mengazetkan kawasan tersebut tercetus apabila MNS melakukan satu ekspedisi saintifik ke Endau dan Rompin pada tahun 1985 dan 1986.[3] Baru-baru ini, MNS sedang menjalani satu kempen untuk mengazetkan kawasan Belum-Temengor sebagai kawasan terpelihara.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: